Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MALAYSIA KUTUK SERANGAN BERULANG KE ATAS AL-QURAN DI DENMARK

DALAM NEGARA

MALAYSIA KUTUK SERANGAN BERULANG KE ATAS AL-QURAN DI DENMARK

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji yang berulang terhadap al-Quran di Denmark dengan insiden terbaru berlaku pada Jumaat.

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji yang berulang terhadap al-Quran di Denmark dengan insiden terbaru berlaku pada Jumaat.

Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), serangan serupa pada 24 Mac menunjukkan jenayah kebencian terhadap kitab suci Islam yang dilakukan pada Ramadan itu ternyata membelakangkan sensitiviti umat Islam di seluruh dunia.

“Kami menggesa kerajaan Denmark supaya tidak mengklasifikasikan jenayah kejam ini sebagai kebebasan bersuara, sebaliknya mengambil tindakan segera terhadap pelaku yang menyebarkan kebencian dan hasutan untuk keganasan,” kata Wisma Putra menerusi Twitter.

Media sejak beberapa bulan kebelakangan ini melaporkan beberapa perbuatan membakar al-Quran atau percubaan untuk melakukannya oleh tokoh atau kumpulan Islamofobia di utara Eropah dan negara-negara Nordik.

Sejak itu perbuatan mencemarkan al-Quran telah mencetuskan kemarahan dan kecaman di seluruh dunia dan menggesa supaya kebenaran untuk melakukan protes ke atas Islamofobia perlu dihentikan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading