Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TH GANTUNG LESEN PJH EMRAZ TRAVEL

DALAM NEGARA

TH GANTUNG LESEN PJH EMRAZ TRAVEL

Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi syarikat Emraz Travel & Tours Sdn Bhd telah digantung, kata Lembaga Tabung Haji (TH).

KUALA LUMPUR: Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi syarikat Emraz Travel & Tours Sdn Bhd telah digantung, kata Lembaga Tabung Haji (TH).

TH berkata, keputusan tersebut diambil susulan makluman beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang diberikan syarikat tersebut.

“Ia merupakan langkah awal bagi melindungi kebajikan bakal jemaah haji.

“Bakal haji yang memilih untuk mengerjakan haji melalui pakej swasta masih boleh memilih antara 22 lagi syarikat PJH yang dilesenkan, termasuklah anak syarikat TH iaitu TH Travel & Services Sdn Bhd,” kata TH dalam satu kenyataan hari ini.

TH sentiasa memantau prestasi syarikat PJH yang dilesenkan termasuk perkhidmatan yang diberikan bagi ibadah umrah.

“TH tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak demi untuk menjamin kebajikan jemaah haji negara,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading