TRADISI KAMPUNG PALUAN REBANA KEJUT SAHUR DIBAWA KE TAMAN PERUMAHAN
“Bangun sahur, bangun sahur”. Begitulah laungan yang kedengaran sambil diiringi paluan rebana diikuti selawat oleh sekumpulan penduduk sebagai tradisi kampung bagi mengejutkan umat Islam di sekitar kawasan Taman Klebang Putra 1 di sini untuk bangun sahur awal pagi tadi.
Penduduk Taman Klebang Putra 1 berarak dengan melaungkan bangun sahur sambil diiringi paluan rebana diikuti selawat pada Program Kejut Sahur Tradisi Kampung di Taman Klebang Putra 1 awal pagi tadi. Sumber Gambar: BERNAMA
IPOH: “Bangun sahur, bangun sahur”. Begitulah laungan yang kedengaran sambil diiringi paluan rebana diikuti selawat oleh sekumpulan penduduk sebagai tradisi kampung bagi mengejutkan umat Islam di sekitar kawasan Taman Klebang Putra 1 di sini untuk bangun sahur awal pagi tadi.
Program yang bermula kira-kira 3.30 pagi dan berlangsung selama 30 minit itu melibatkan lebih 50 individu termasuk kanak-kanak dengan berjalan lebih kurang tiga kilometer mengelilingi kawasan perumahan tersebut dalam usaha ‘menghidupkan’ tradisi kampung itu pada bulan Ramadan di kawasan bandar.
Pengerusi Kelab Rukun Tetangga (KRT) Klebang Putra 1, Dr Mohamad Azrul Azly, 36, berkata program tersebut yang julung kali diadakan di sini menjadi medium merapatkan jurang antara penduduk untuk membina perpaduan melibatkan masyarakat setempat.
“Kami (KRT) memikirkan kelainan untuk dilakukan pada bulan Ramadan dan program ini bertujuan menghidupkan tradisi untuk kita bawa kepada taman (kawasan perumahan) khususnya bandar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Kejut Sahur Paluan Rebana anjuran KRT tersebut di sini awal pagi tadi.
Menurut Mohamad Azrul, pihaknya mempertimbangkan untuk mengadakan program itu secara berkala pada bulan Ramadan, selain cuba mengaktifkan kelab rebana bagi menarik lebih ramai penyertaan pada masa hadapan.
Sementara itu, Pengerusi Kelab Rebana Klebang Putra Mohd Rizal Mohd Rajab, 48, berkata sesiapa sahaja boleh menggunakan khidmat kelab berkenaan bagi majlis tertentu.
“Sebelum ini kelab rebana ini biasa buat (aktif) di kampung-kampung, taman belum lagi, tetapi acara kali ini dari kampung ke taman. Daripada situ, tercetus idea untuk kejut sahur dengan paluan rebana ini ke taman,” katanya.
Dalam pada itu, penduduk Muhammad Adam Chua Abdullah, 54, berkata program pada hari ini merupakan acara pertama yang disertainya sejak memeluk agama Islam selama lebih 10 tahun.
Muhammad Adam Chua berkata program tersebut merupakan acara yang unik selain dapat mengenali lebih ramai penduduk di kawasan berkenaan.
“Ahli keluarga, budak-budak pun boleh sertai. Ini pengalaman baharu untuk saya dan saya rasa perlu sebagai masyarakat setempat menyertai aktiviti sebegini sebab selalunya sahur dengan ahli keluarga sahaja,” katanya.
Selain itu, penduduk Muhammad Danish Muqri Mohd Tajudin, 19, berkata kemeriahan terasa pada program tersebut kerana mendapat penyertaan daripada penduduk setempat.
“Apabila sertai macam ini bagi yang tidak dapat merasa aktiviti di kampung, kini kita rasa sendiri bagaimana tradisi kejut sahur pagi di kampung. Sebelum ini ada baca (paluan rebana kejut sahur) tetapi tidak pernah ikut serta,” katanya yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak, Kampus Tapah.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager