BEKALAN TELUR SEPANJANG RAMADAN, AIDILFITRI MENCUKUPI
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bekalan telur termasuk gred A dan B di seluruh negara stabil bagi menampung keperluan pengguna sepanjang Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri.
JASIN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bekalan telur termasuk gred A dan B di seluruh negara stabil bagi menampung keperluan pengguna sepanjang Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri.
Pemangku Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri berkata bagaimanapun permintaan bagi gred AA, gred A dan gred B meningkat di bulan puasa berikutan ia bahan utama digunakan untuk membuat kuih, kek, biskut raya dan juadah berbuka.
“Namun FAMA difahamkan pihak pengeluar cuba untuk memenuhi keperluan pengguna tetapi penghasilan bagi telur gred tersebut juga bergantung kepada umur ayam yang diternak.
“Secara keseluruhan kita mempunyai banyak pilihan termasuk telur omega dan telur kampung yang mempunyai saiz membolehkan pengguna membuat pilihan,” katanya kepada pemberita pada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Ramadan Madani @ Pasar Tani di Merlimau di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA Rosilawati Abu Hassan dan Pengarah FAMA negeri Hairudin Yunos.
Abdul Rashid berkata FAMA juga akan memastikan bekalan telur di pasaran mencukupi dan menambah bekalan di mana-mana tempat sekiranya mendapat maklumat berlaku kekurangan seperti di negeri-negeri pantai timur.
“Apabila berlaku kekurangan telur kita akan berbincang dengan pembekal dan antara perbincangan itu kuota yang diberikan kepada FAMA untuk tingkatkan bekalan di Kelantan, Terengganu dan Pahang mengalami kekurangan bekalan kerana tiada pengeluaran kilang yang besar,” katanya.
Beliau berkata FAMA juga mengambil langkah proaktif dengan mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri dan berbincang untuk memasarkan telur ayam ke seluruh negara dan sehingga 31 Mac, FAMA telah mengedarkan sebanyak 21.5 juta biji telur melalui 369 outlet pemasarannya di seluruh negara.
“Intervensi ini diteruskan sehingga Jun tahun ini, namun penilaian semasa akan dilakukan sama ada perlu diteruskan lagi sehingga hujung tahun dan buat masa ini FAMA memperoleh bekalan dari tujuh negeri pembekal utama komoditi itu Melaka, Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan,” katanya.
Dalam pada itu, Abdul Rashid berkata pencapaian nilai jualan JTDL pada tahun lepas mencatatkan RM16.37 juta dengan melibatkan 7,626 usahawan di 1,032 lokasi seluruh negara.
Katanya, pelaksanaan JTDL dilihat sebagai satu daripada program ‘quick win’ FAMA dalam membantu pengeluar memasarkan produk secara terus kepada pengguna dan secara langsung dapat mengurangkan kos hidup rakyat terutama dalam komoditi agromakanan melalui penjimatan harga ditawarkan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager