MALAYSIA LANTANG BERSUARA MAHU AS SELESAIKAN ISU KEKEJAMAN TERHADAP PALESTIN
Kesungguhan Malaysia bersuara lantang mengenai isu berkaitan Palestin dengan meminta Amerika Syarikat (AS) bersikap jujur menyelesaikan kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin menunjukkan pendirian tegas dan konsisten negara berhubung perkara itu.
KUALA LUMPUR: Kesungguhan Malaysia bersuara lantang mengenai isu berkaitan Palestin dengan meminta Amerika Syarikat (AS) bersikap jujur menyelesaikan kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin menunjukkan pendirian tegas dan konsisten negara berhubung perkara itu.
Beberapa penganalisis isu semasa berpandangan bahawa tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyuarakan pendirian Malaysia berhubung konflik Ukraine-Rusia, Palestin, Myanmar dan Laut China Selatan semasa Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS yang dipengerusikan Presiden Joe Biden di Washington DC baru-baru ini adalah tepat.
Pensyarah Perhubungan Antarabangsa Universiti Selangor Ismail Hashim berkata konflik Palestin-Israel sudah berlarutan sejak sekian lama dan perlu ditangani dunia terutama AS yang perlu menggunakan pengaruhnya untuk menyelesaikan isu itu.
Beliau berkata dunia perlu segera membuka mata kepada apa yang berlaku terhadap rakyat Palestin serta mengambil tindakan sepatutnya dan Malaysia perlu merintis ke arah berusaha mengambil tindakan dalam menyelesaikan isu itu.
“Kalau Amerika tak mahu ambil (tindakan), Malaysia boleh terajui. Negara Islam harus tegas kalau Amerika tak mahu bertindak,” katanya merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri yang meminta AS berlaku jujur dan telus dalam menangani isu Israel-Palestin.
Malaysia turut berpendirian tegas mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan rejim Israel serta pendatang haram Yahudi ke atas rakyat Palestin seperti yang berlaku di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis kebelakangan ini.
“Malaysia lebih ke hadapan dalam membela hak rakyat Palestin ini sejak dulu lagi… masa pergi ke Gaza dahulu untuk buat misi bantuan Aman Palestin pada 2014, orang Palestin di Gaza pun hormat Perdana Menteri kita,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid pula berpandangan bahawa permintaan Perdana Menteri kepada AS sememangnya tepat kerana negara itu sahaja yang boleh mempengaruhi Israel atau melakukan satu tindakan yang akan menyebabkan rejim zionis terpaksa patuh dan mempertimbang tindakannya.
Justeru, beliau berkata Malaysia perlu meneruskan usaha mempengaruhi negara serantau dalam membantah keganasan yang dilakukan terhadap Palestin.
“Saya berpandangan Malaysia jangan hanya menyuarakan (isu ini) di Washington sahaja, (kita) mesti mencari jalan bagaimana mempengaruhi sebanyak mungkin negara lain untuk mewujudkan suara yang lebih besar, kuat dan menyatakan benda yang tegas,” katanya.
Mohd Azmi berkata selain Brunei dan Indonesia selaku negara Islam, Malaysia juga perlu mendapat sokongan Filipina, Singapura dan Thailand sebagai platform terdekat dalam mencapai kata sepakat untuk menekan AS supaya menggunakan pengaruhnya terhadap Israel. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager