Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AGONG BERANGKAT KE ABU DHABI, BERI PENGHORMATAN TERAKHIR

DALAM NEGARA

AGONG BERANGKAT KE ABU DHABI, BERI PENGHORMATAN TERAKHIR

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden UAE dan juga Pemerintah Abu Dhabi Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, yang mangkat Jumaat lepas.

Sumber Gambar: BERNAMA

SEPANG: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden UAE dan juga Pemerintah Abu Dhabi Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, yang mangkat Jumaat lepas.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada kira-kira 4.20 petang.

Lawatan khas Al-Sultan Abdullah ke Abu Dhabi itu turut diiringi Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Ketua Protokol Wisma Putra Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah dan Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa Datuk Rozainor Ramli.

Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Sollehuddin Alyubi Zakaria hadir mengucapkan selamat berangkat kepada baginda.

Sebelum berangkat, Seri Paduka melalui kawalan kehormat setempat Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota.

Istiadat penghormatan terakhir Almarhum dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula semalam.

Malaysia dan UAE juga mempunyai hubungan dua hala yang rapat dan mesra di pelbagai peringkat, termasuk kedua-dua pemimpin negara dan sesama rakyat.

Al-Sultan Abdullah sebelum ini berkenan supaya bendera peribadi Seri Paduka dikibarkan secara separuh tiang di Istana Negara selama lima hari berturut-turut bermula semalam sebagai tanda berkabung atas kemangkatan Sheikh Khalifa.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading