MALAYSIA PERLU JALIN KERJASAMA DENGAN NEGARA LAIN UNTUK TAMBAH BAIK ILMU AL-QURAN – SYEIKH ALI
Beliau menzahirkan rasa kagum apabila mengetahui ilmu hafalan al-Quran begitu dekat di hati umat Islam di negara ini kerana ia diterapkan sejak usia muda.
KUALA LUMPUR: Malaysia boleh menjalin kerjasama dengan negara Islam lain dalam menambah baik ilmu al-Quran, kata seorang daripada hakim Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62 hari ini.
Syeikh Dr Mohamed Ali Atafay berkata umat Islam di Malaysia boleh mendalami ‘manhaj’ atau metodologi menghafal kitab suci itu yang diguna pakai di negara Islam lain untuk meningkatkan penguasaan ilmu tersebut.
Beliau menzahirkan rasa kagum apabila mengetahui ilmu hafalan al-Quran begitu dekat di hati umat Islam di negara ini kerana ia diterapkan sejak usia muda.
“Bahkan bila saya berjumpa orang ramai di negara ini, mereka tahu bahawa saya berada di Malaysia untuk menjadi hakim MTHQA, jarang-jarang saya jumpa sambutan sebegini di negara lain,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam ini.
Syeikh Mohamed Ali, yang berasal dari Maghribi, berkata seramai 36 qari dari seluruh dunia telah terpilih untuk menyertai pertandingan MTHQA pada tahun ini.
Beliau berkata antara kriteria utama yang difokuskan ialah penguasaan tajwid, kefasihan dalam sebutan ayat, maqamat atau taranum serta kemerduan alunan suara yang ditampilkan peserta.
“Kebiasaannya yang memenangi pertandingan di Malaysia berpotensi besar memenangi pertandingan lain kerana Malaysia sudah lama menganjurkan pertandingan ini dan saya yakin barisan hakim juga amat berpengalaman luas dalam pengkhususan bidang masing-masing seperti taranum, tajwid serta qiraat.
“Saya berharap Malaysia dapat meneruskan penganjuran supaya negara ini terpelihara daripada sebarang bentuk ancaman dan konspirasi selain melahirkan lebih ramai hufaz yang akan menjadi pelapis pada masa akan datang,” katanya.
Dr Maria Ulfa, yang merupakan wanita pertama menjadi hakim MTHQA, pula memuji keterbukaan Malaysia dalam memilih panel bagi mengadili pertandingan itu.
Beliau berkata penglibatan dua hakim wanita termasuk Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff menunjukkan Malaysia mengamalkan kesaksamaan jantina yang harus dicontohi.
“Dahulu walaupun ramai peserta wanita tetapi tidak ada hakim wanita. Ini membuktikan Malaysia telah ke hadapan sebagai sebuah negara,” katanya yang pernah menjuarai MTHQA pada 1980.
MTHQA 2022 bakal melabuhkan tirai esok dan orang ramai yang ingin menyaksikan pertandingan itu dijemput hadir secara fizikal di Dewan Plenary, KLCC atau menonton siaran langsung menerusi RTM TV1 dan media sosial JAKIM. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.