Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tiga, kanan) berkenan beramah mesra bersama peserta Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62 sebelum berangkat meninggalkan Majlis Santapan Minum Petang di Istana Negara hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke majlis santapan minum petang bagi meraikan jemaah hakim dan peserta Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62 1444 Hijrah/2022 Masihi.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan berangkat ke majlis santapan yang diadakan di Dewan Santapan Utama, Istana Negara di sini.
Kira-Kira 200 tetamu jemputan dari beberapa negara antaranya Afrika Selatan, Belgium, Iran, Maldives, Brunei dan Thailand menghadiri majlis itu.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Seri Paduka berdua turut berkenan bergambar bersama hakim dan peserta MTHQA ke-62.
Pada majlis itu, para tetamu disajikan dengan klip video bacaan al-Quran dan persembahan kumpulan nasyid tempatan iaitu Awla.
Sebelum majlis berakhir, Seri Paduka berdua berkenan mengurniakan cenderamata kepada jemaah hakim MTHQA ke-62 sebagai tanda kenang-kenangan.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bergambar kenangan bersama hakim dan peserta-peserta Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62 pada Majlis Santapan Minum Petang di Istana Negara hari ini. –fotoBERNAMA
MTHQA ke-62, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 19 hingga 24 Okt, melibatkan penyertaan 36 individu bagi kategori tilawah dari 28 negara termasuk Malaysia.
MTHQA ke-62 diadakan secara fizikal dan turut disiarkan secara langsung di saluran RTM TV1 serta media sosial rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bermula 8.30 hingga 11 malam.
Malaysia merupakan tuan rumah bagi penganjuran MTHQA setiap tahun dan pernah menerima pengiktirafan bagi kategori Penganjuran Program Al-Quran Terbaik 2016 dari Kuwait International Prize of Holy Quran.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijangka berangkat ke Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah MTHQA ke-62 malam esok. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests