MALUKU DILANDA GEMPA 6.3 SKALA RITCHER

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda di timur laut Maluku, Indonesia.

Namun tiada amaran tsunami dikeluarkan Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia.

Menurut BMKG, gempa bumi yang berlaku pada 10.43 pagi waktu Indonesia Barat itu berpusat di 198 kilometer (km) timur laut Maluku pada kedalaman 196 km di dasar Laut Arafura, di perairan antara Pulau Papua dan Australia.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan gempa bumi sederhana dengan 5.9 skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia sebentar tadi.

Bagaimanapun, gempa itu tidak mengakibatkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

BMKG kini memantau kejadian itu yang dibimbangi boleh mencetuskan gempa susulan.–AlHijrah Online

Leave a Reply