Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PKPD PENJARA ALOR SETAR DITAMATKAN

DALAM NEGARA

PKPD PENJARA ALOR SETAR DITAMATKAN

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Alor Setar yang akan berakhir hari ini 1 November 2020, akan ditamatkan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat selepas tiada lagi kes positif COVID-19 direkodkan dalam tempoh 7 hari terkini.

“Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKPD Penjara Alor Setar bermula 5 Oktober 2020 sehingga 18 Oktober 2020 dan kemudiannya dilanjutkan lagi bermula 19 Oktober 2020 sehingga 1 November 2020.

“Saringan oleh KKM sehingga 1 November 2020, tiada lagi kes positif COVID-19 direkodkan dalam tempoh 7 hari
terkini,” katanya dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan hari ini.

Sementara itu Ismail Sabri hari ini mengumumkan kerajaan akan melaksanakan PKPD di Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu, Sabah bermula 3 hingga 16 November 2020.

Ujarnya keputusan itu dibuat setelah mendengar permohonan dan cadangan daripada Majlis Keselamatan Negara Sabah mengenai keperluan untuk melaksanakan PKPD di pusat tahanan itu.

“Sehingga 30 Oktober 2020, seramai 261 tahanan serta kakitangan telah disaring dan seramai 56 orang tahanan didapati positif COVID-19,” katanya merujuk situasi di Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading