MASYAIR: UJIAN KETAHANAN FIZIKAL DAN MENTAL PALING MENCABAR BUAT JEMAAH HAJI
Fasa kemuncak ibadat haji atau dikenali sebagai Masyair, bukan sekadar perjalanan fizikal, malah ia merupakan medan ujian ketahanan jiwa serta kekuatan mental dan emosi dalam mengejar haji yang mabrur.
MAKKAH: Fasa kemuncak ibadat haji atau dikenali sebagai Masyair, bukan sekadar perjalanan fizikal, malah ia merupakan medan ujian ketahanan jiwa serta kekuatan mental dan emosi dalam mengejar haji yang mabrur.
Pengurus Kaunseling Unit Perkhidmatan Kaunseling Azlina Abd Wahid berkata meskipun jemaah haji telah menjalani persiapan rapi dari tanah air, namun tekanan sebenar akan mula dirasai apabila mereka memasuki tempoh penting antara 8 hingga 13 Zulhijjah.
“Pertama, sentiasalah bersyukur dengan apa jua ujian yang datang. Jika kita letakkan syukur di hadapan, Insya-Allah segala rasa tidak menyenangkan itu akan perlahan-lahan reda.
“Kedua, sabar. Sabar itu perintah Allah dan bukan mudah untuk diamalkan. Namun, jika kita melatih diri untuk terus bersabar walaupun sukar pada mulanya, lama-kelamaan ia akan menjadi sebahagian daripada diri kita. Sabar akhirnya akan menjadi rutin yang mendamaikan,” katanya kepada pemberita di sini.
Azlina berkata ketika di Arafah, jemaah haji akan mengikuti program khas sehingga waktu wukuf. Namun, keadaannya berbeza di Mina apabila jemaah perlu mengisi masa dengan aktiviti bermanfaat.
“Di Mina, jemaah perlu bijak mengurus masa lapang dengan pengisian kendiri seperti berzikir, membaca al-Quran, berdoa, dan berehat secukupnya. Inilah waktu terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah tanpa gangguan dunia luar. Jika masa itu dibiarkan kosong, di situlah tekanan mula datang,” katanya.
Pada masa sama, Azlina memaklumkan unit kaunseling menjangkakan kemuncak keperluan sokongan emosi adalah semasa tempoh Masyair ketika jemaah haji semakin ramai, cuaca semakin panas dan tekanan sosial meningkat, trend kes-kes kaunseling juga akan bertambah.
“Sehubungan itu, kami (unit kaunseling) bersedia 24 jam dengan kaunselor berdaftar yang terlatih, bukan sahaja mendengar masalah tetapi memberi bimbingan agar jemaah kekal fokus kepada matlamat utama iaitu mendapatkan haji mabrur,” katanya.
Azlina berkata dengan sokongan sistem kaunseling yang kukuh, pengurusan rapi dan semangat ukhuwah sesama jemaah, Tabung Haji optimis jemaah Malaysia mampu menghadapi cabaran Masyair dengan kekuatan rohani dan mental yang tinggi.
Jemaah haji Malaysia dijadualkan bergerak ke Arafah pada 4 Jun ini, sebagai persiapan menghadapi hari wukuf yang dijangka pada Khamis, 5 Jun bersamaan 9 Zulhijjah. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.