Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK PEREMPUAN MAUT TERJATUH DARI TINGKAT 29 KEDIAMAN PENGASUH

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK PEREMPUAN MAUT TERJATUH DARI TINGKAT 29 KEDIAMAN PENGASUH

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 kediaman pengasuhnya di sebuah kondominium di Puchong, pada Selasa.

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 kediaman pengasuhnya di sebuah kondominium di Puchong, pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Mohd Fairus Jaafar berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 12.30 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan menemukan mangsa dalam keadaan terlentang di atas lantai tingkat lima bangunan tersebut dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Fairus berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai memanjat tingkap bilik sebelum terjatuh, dan tingkap tersebut tidak dipasang jeriji keselamatan.

Beliau berkata setakat ini, tiada unsur jenayah dikenal pasti dalam kejadian itu, dan polis telah mengambil keterangan daripada pengasuh untuk membantu siasatan.

Siasatan awal katanya mendapati ketika kejadian, ibu mangsa sedang menjaga seorang lagi anak yang menjalani kuarantin di rumah mereka, manakala bapa kanak-kanak berkenaan tiada di rumah kerana bekerja.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading