Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEORANG LAGI JEMAAH HAJI MALAYSIA MENINGGAL DUNIA, YANG KETIGA AKIBAT SERANGAN JANTUNG

DALAM NEGARA

SEORANG LAGI JEMAAH HAJI MALAYSIA MENINGGAL DUNIA, YANG KETIGA AKIBAT SERANGAN JANTUNG

KUALA LUMPUR: Jemaah haji Malaysia Aripin @ Ariffin Jawah @ Ab Halim meninggal dunia semalam di Rehab Al-Janadiriyyah, Makkah akibat serangan jantung.

KUALA LUMPUR: Jemaah haji Malaysia Aripin @ Ariffin Jawah @ Ab Halim meninggal dunia semalam di Rehab Al-Janadiriyyah, Makkah akibat serangan jantung.

Allahyarham yang berasal dari Tawau, Sabah merupakan jemaah ketiga Malaysia yang meninggal dunia akibat serangan jantung bagi musim haji kali ini.

Sebelum ini Allahyarhamah Norizah Tambonan, 47, dan Abdullah Mat juga meninggal dunia akibat serangan jantung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Allahyarham Aripin ditemani isterinya Norasiah Imam Isnin sepanjang perjalanan haji ini.

“Pemergian ini adalah satu kehilangan besar, namun kita yakin Allahyarham dipanggil dalam keadaan yang sangat mulia sebagai tetamu Allah di Tanah Suci-Nya.

“Insya-Allah, pihak Tabung Haji akan menyempurnakan segala urusan termasuk pengurusan jenazah dan pelaksanaan badal haji bagi pihak Allahyarham,” katanya.

Mohd Na’im turut mendoakan keluarga Ariffin diberi kekuatan dan kesabaran serta semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading