Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

STAM 2024: 34 CALON DAPAT MUMTAZ SEMUA MATA PELAJARAN

DALAM NEGARA

STAM 2024: 34 CALON DAPAT MUMTAZ SEMUA MATA PELAJARAN

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan STAM 2024 juga menunjukkan pencapaian memberangsangkan dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) mencatatkan 3.0 mata berbanding 3.09 mata pada tahun sebelumya, iaitu mengecil sebanyak 0.09 mata.

Gambar FAIL

PUTRAJAYA: Seramai 34 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 berjaya mendapat keputusan Mumtaz dalam semua mata pelajaran.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan STAM 2024 juga menunjukkan pencapaian memberangsangkan dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) mencatatkan 3.0 mata berbanding 3.09 mata pada tahun sebelumya, iaitu mengecil sebanyak 0.09 mata.

GPK bagi calon sekolah KPM pada tahun 2024 pula ialah 2.81 mata, berbanding 2.91 mata pada tahun 2023, mengecil sebanyak 0.10 mata.

“Perkara ini menunjukkan pencapaian calon STAM sekolah KPM pada tahun 2024, adalah lebih baik berbanding tahun 2023,” menurut kenyataan itu.

Seramai 4,507 calon berdaftar untuk STAM Tahun 2024 merangkumi 1,552 calon sekolah KPM, Sekolah Menengah Agama Negeri (1,726), Sekolah Menengah Agama Rakyat (296), Sekolah Menengah Swasta (29) dan calon persendirian (904). —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading