Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT LELAKI DENGAN KESAN KECEDERAAN DITEMUKAN DI KAPAR

DALAM NEGARA

MAYAT LELAKI DENGAN KESAN KECEDERAAN DITEMUKAN DI KAPAR

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan penemuan seorang lelaki yang terbaring tidak sedarkan diri di kawasan berkenaan pada 3.30 pagi.

Gambar: Facebook Ustaz Najhan Salleh – UNS

KAPAR: Mayat seorang lelaki dengan beberapa kesan kecederaan ditemukan di tepi jalan di Jalan Kempas Kiri, Kampung Perepat di Kapar, Klang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan penemuan seorang lelaki yang terbaring tidak sedarkan diri di kawasan berkenaan pada 3.30 pagi.

“Siasatan awal di lokasi mendapati seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun dijumpai dalam keadaan terbaring dengan beberapa kesan kecederaan.

“Mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Vijaya Rao berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Chua Chong Kheow di talian 019-4217868 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara 03-32912222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular satu hantaran di laman Facebook berhubung penemuan mayat seorang lelaki di Jalan Kempas Kiri, Kampung Perepat di Klang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading