Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM ANWAR SAHKAN TERIMA JEMPUTAN HADIRI SIDANG KEMUNCAK TERGEMPAR ARAB-ISLAM DI DOHA

DALAM NEGARA

PM ANWAR SAHKAN TERIMA JEMPUTAN HADIRI SIDANG KEMUNCAK TERGEMPAR ARAB-ISLAM DI DOHA

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan menerima jemputan daripada Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Doha, Qatar, pada 15 Sept ini.

KUCHING: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan menerima jemputan daripada Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Doha, Qatar, pada 15 Sept ini.

Perdana Menteri berkata persidangan itu antara lain akan membincangkan perkembangan mutakhir di Gaza, Palestin dan serangan ganas Zionis ke atas wilayah berkenaan yang disifatkan beliau sebagai sudah melampau.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan beliau tetap akan berada di tanah air untuk Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Pulau Pinang, pada 16 Sept.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Sarawak di sini, hari ini, Anwar menjelaskan pendirian Malaysia dalam isu Gaza, berasaskan nilai kemanusiaan sejagat.

“Semua agama dan budaya kita itu menekankan soal kemanusiaan. Jangan kita hanya bicara soal budaya, kemajuan, kaum atau agama, tetapi apabila anak-anak kecil dibunuh dan rumah dimusnahkan ia tidak memberi kesan kepada kita.

“Jadi biarlah kita menjadi contoh kemanusiaan dan perasaan ihsan, kasih sayang, itu yang sahaja kita buat, kita tak dapat buat lebih dari itu kerana kita negara yang sedang berkembang, tetapi kita lakukan sedaya upaya kita”, kata beliau.

Menurut laporan media antarabangsa, sidang kemuncak tergempar itu diadakan untuk membincangkan serangan Zionis ke atas Doha, pada Selasa lepas, kononnya menyasarkan kepimpinan politik Hamas yang dipercayai bermesyuarat mengenai cadangan gencatan senjata Gaza yang disokong Amerika Syarikat.

Serangan di kawasan Leqtaifiya itu, melibatkan kira-kira 15 jet pejuang Zionis, menyebabkan enam orang terkorban termasuk anak kepada pemimpin kanan Hamas Khalil al-Hayya, pengarah pejabatnya serta seorang pegawai keselamatan Qatar, sementara pemimpin utama Hamas dilaporkan terselamat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading