Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DALANG, PENYERANG INSIDEN HIMPUNAN DI KAMPUNG SUNGAI BARU AKAN DIBERKAS SEGERA – PM ANWAR

DALAM NEGARA

DALANG, PENYERANG INSIDEN HIMPUNAN DI KAMPUNG SUNGAI BARU AKAN DIBERKAS SEGERA – PM ANWAR

Jelas Anwar, perhimpunan secara aman tidak harus disalah guna untuk kepentingan politik sempit hingga mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat serta memberkas dalang serta penyerang yang mengakibatkan kecederaan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman, di Kampung Sungai Baru, di sini hari ini.

Katanya, kerajaan menghormati hak untuk berhimpun secara aman dan menyatakan pendirian, selain dibuktikan dengan konsisten melibatkan pelbagai himpunan sebelum ini.

“Namun, prinsip kebebasan juga menuntut kita untuk bertanggungjawab dan mesti patuh tunduk pada hukum, adab dan undang-undang.

“Insiden menyerang sehingga mencederakan penjawat awam yakni Ketua Polis Daerah Dang Wangi oleh pihak berkepentingan dan tidak bertanggungjawab adalah perbuatan keji dan mesti dikecam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Anwar, perhimpunan secara aman tidak harus disalah guna untuk kepentingan politik sempit hingga mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat.

“Keganasan yang disemai melalui hasutan, kebencian dan maklumat palsu tidak boleh sama sekali dibiarkan berakar dalam masyarakat,” katanya.

Terdahulu Kampung Sungai Baharu di Kuala Lumpur hari ini ‘tegang’ dengan himpunan orang awam yang menghalang operasi pemotongan bekalan elektrik beberapa rumah yang dijalankan susulan arahan mahkamah berhubung proses perobohan struktur rumah di kawasan itu.

Difahamkan, anggota polis yang bertugas turut mengarahkan penduduk yang berkumpul supaya bersurai, namun sebahagian daripada mereka enggan beredar dan terus melakukan provokasi.

Kejadian tersebut turut mengakibatkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman cedera di kepala dipercayai terkena balingan batu oleh individu tidak dikenali ketika mengawal keadaan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading