Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

OCPD DANG WANGI CEDERA DIBALING BATU DI KAMPUNG SUNGAI BARU

DALAM NEGARA

OCPD DANG WANGI CEDERA DIBALING BATU DI KAMPUNG SUNGAI BARU

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman cedera di kepala dipercayai terkena balingan batu oleh individu tidak dikenali ketika mengawal keadaan dalam operasi pemotongan bekalan elektrik beberapa rumah di Kampung Sungai Baru, di Kuala Lumpur, hari ini.

Gambar tular.

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman cedera di kepala dipercayai terkena balingan batu oleh individu tidak dikenali ketika mengawal keadaan dalam operasi pemotongan bekalan elektrik beberapa rumah di Kampung Sungai Baru, di sini hari ini.

Operasi berkenaan dijalankan susulan arahan mahkamah berhubung proses perobohan struktur rumah di kawasan itu.

Difahamkan, anggota polis yang bertugas turut mengarahkan penduduk yang berkumpul supaya bersurai, namun sebahagian daripada mereka enggan beredar dan terus melakukan provokasi.

Gambar kecederaannya turut tular di media sosial.

Timbalan Pengarah KDNKA (PGA) Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi berkata pihaknya bersedia mengatur gerak Pasukan Gerakan Am (PGA) sekiranya diperlukan bagi mengawal keadaan.

“Sekiranya kita menerima permintaan daripada kontinjen, semestinya PGA akan bantulah,” katanya pada sidang media selepas Ujian Rentas Halangan KDNKA di Markad Briged Tengah PGA, Cheras di sini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading