Connect with us

ALHIJRAH NEWS

YAYASAN TAQWA MAIWP URUSKAN YURAN PENDAFTARAN PELAJAR UKM – MOHD NA’IM

DALAM NEGARA

YAYASAN TAQWA MAIWP URUSKAN YURAN PENDAFTARAN PELAJAR UKM – MOHD NA’IM

Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menguruskan yuran pendaftaran seorang pelajar, Muhammad Aidil Izzuddin Akhbar Nizam, 19, yang berdepan kesukaran kewangan untuk melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

KUALA LUMPUR: Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menguruskan yuran pendaftaran seorang pelajar, Muhammad Aidil Izzuddin Akhbar Nizam, 19, yang berdepan kesukaran kewangan untuk melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata selain yuran, pihaknya juga akan menyumbang sebuah komputer riba kepada Muhammad Aidil bagi memudahkannya memulakan sesi pengajian.

“Melihat kesungguhan Aidil dan keluarganya, saya telah menghubungi beliau secara panggilan video untuk menyatakan keprihatinan saya.

“Kita juga akan meneliti sekiranya ada keperluan lain yang boleh dihulurkan bagi memastikan beliau dapat memulakan sesi pengajian dengan lancar dan selesa,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi.

Beliau berkata pendidikan adalah kunci kejayaan dan setiap anak muda berhak mendapat peluang yang sama dan berharap agar bantuan itu menjadi pemangkin semangat untuk Muhammad Aidil dan seluruh pelajar yang berhadapan dengan cabaran serupa.

“Hasrat beliau untuk menuntut ilmu tidak seharusnya terhenti, terutamanya apabila kita mengetahui bapanya kini terlantar akibat strok, manakala ibunya pula gigih berniaga kuih bagi menampung keluarga,” katanya.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan Muhammad Aidil yang diterima masuk ke UKM berdepan kesukaran kewangan selepas bapanya mengalami strok manakala ibunya menyara keluarga dengan menjual kuih.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading