Kementerian Dalam Negeri Qatar mengumumkan bahawa serangan Israel ke atas kawasan kediaman di Doha, yang menempatkan beberapa anggota biro politik Hamas telah mengorbankan Moamen Jawad Hassouna, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
DOHA: Kementerian Dalam Negeri Qatar mengumumkan bahawa serangan Israel ke atas kawasan kediaman di Doha, yang menempatkan beberapa anggota biro politik Hamas telah mengorbankan Moamen Jawad Hassouna, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Dalam kenyataannya pada Rabu, kementerian itu berkata sebagai sebahagian daripada tindakan susulan berikutan serangan Israel dan selepas kerja lapangan serta pengumpulan bukti oleh pihak berkuasa keselamatan berkaitan, disahkan bahawa Moamen Jawad Hassouna terkorban akibat serangan berkenaan.
Kementerian itu turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang syahid, mendoakan agar roh mereka dirahmati dan mangsa yang cedera segera sembuh.
Ia menambah bahawa siasatan lapangan dan usaha pengesahan masih dijalankan untuk mengenal pasti baki individu yang masih hilang, menggunakan teknik Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) melalui jabatan khusus, termasuk unit forensik dan maklumat jenayah, makmal forensik, dan pusat pemeriksa perubatan.
Kementerian itu turut memaklumkan bahawa sebarang perkembangan baharu akan diumumkan secepat mungkin.
Terdahulu pada hari ini Kementerian Dalam Negeri juga melaporkan kematian seorang anggota Pasukan Keselamatan Dalaman (Lekhwiya), serta Hammam Khalil Al Hayya, anak ketua biro politik Hamas Khalil Al Hayya, selain beberapa orang awam cedera, susulan serangan Israel ke atas kawasan kediaman yang menempatkan anggota biro politik Hamas.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests