Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT TANPA IDENTITI TERAPUNG DI JETI KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN

DALAM NEGARA

MAYAT TANPA IDENTITI TERAPUNG DI JETI KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN

KUALA SELANGOR: Satu mayat lelaki tanpa identiti lengkap berpakaian ditemui tersangkut pada tumbuhan di sungai, kira-kira 500 meter dari Jeti Kelip-kelip Kampung Kuantan, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Ramli Kasa berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 9 pagi berkenaan penemuan mayat itu.

“Pada tubuh mangsa tidak dijumpai sebarang pengenalan diri dan pemeriksaan di tempat kejadian juga tidak menemui barang yang boleh dikaitkan dengan mangsa,” katanya.

Ramli berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan lemas.

Katanya, tiada sebarang kecederaan disebabkan kelakuan jenayah pada tubuh mangsa.

“Orang ramai kehilangan ahli keluarga atau saudara mara diminta tampil ke Balai Polis Kuala Selangor atau berhubung dengan balai polis berhampiran,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading