Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT TERBAKAR: TIGA LELAKI DIDAKWA BUNUH RAKAN 

DALAM NEGARA

MAYAT TERBAKAR: TIGA LELAKI DIDAKWA BUNUH RAKAN 

Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas pertuduhan membunuh rakan mereka yang ditemukan dalam keadaan terbakar di kawasan semak samun berhampiran Empangan Semenyih, Selangor bulan lepas.

Sumber Gamba: BERNAMA

KAJANG: Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan mereka yang ditemukan dalam keadaan terbakar di kawasan semak samun berhampiran Empangan Semenyih, Selangor bulan lepas.

Pekerja bengkel Zulkarnain Md Ariffin, 44, pekerja syarikat elektrik Muhamad Iqbal Zainal, 30, dan pekerja syarikat elektrik Syed Fikri Barakbah Syed Mohd Bakri, 28, didakwa membunuh Mohamed Afiq Hamdan, 28, di kawasan rumah di Jalan Hulu Langat, Selangor antara pukul 3 pagi hingga 5 pagi pada 22 Jun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan. 

Ketiga-tiga tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nurul Hafzan Ab Aziz.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Nurul Hafzan menetapkan 23 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Semalam, Bernama melaporkan tiga lelaki ditahan pada 11 Julai lepas kerana disyaki membunuh rakan mereka setelah mangsa gagal melunaskan hutang berjumlah RM7,000.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata siasatan kes berkenaan dilakukan berikutan laporan penemuan mayat dalam keadaan terbakar di kawasan semak samun berhampiran Empangan Semenyih, Selangor pada 23 Jun lepas.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading