Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MCDONALD’S SIASAT DAKWAAN SOS CILI PEKET DIKENAKAN CAJ

DALAM NEGARA

MCDONALD’S SIASAT DAKWAAN SOS CILI PEKET DIKENAKAN CAJ

Sebelum ini tular hantaran di Facebook yang mendakwa pelanggan dikenakan caj RM10.60 termasuk cukai perkhidmatan semasa membeli 10 peket kecil sos cili.

KUALA SELANGOR: McDonald’s Malaysia sedang menyiasat secara dalaman berhubung kejadian tular melibatkan pekerjanya yang mengenakan caj sos cili peket kepada pelanggan.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Datuk Azmir Jaafar berkata, pihaknya perlu meneliti semula dakwaan yang tular di Facebook itu terlebih dahulu.

“Kita akan mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak iaitu pekerja dan juga pelanggan yang mendakwa dikenakan caj tersebut.

“Buat masa ini, kami tidak mahu komen lanjut dan ia masih dalam proses siasatan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Azmir berkata, tiada sebarang caj sos cili dikenakan sekiranya ada permintaan tambahan daripada pelanggan.

Namun, caj akan dikenakan sekiranya ada tambahan permintaan kepada bahan perasa sos nuget.

“Kita tidak jual sos cili, tetapi pelanggan berpada-padalah juga, takkanlah mereka minta sampai 20 sos cili peket, tetapi kadang-kadang kes ini berlaku,” katanya.—AlHijrah Online

Sebelum ini tular hantaran di Facebook yang mendakwa pelanggan dikenakan caj RM10.60 termasuk cukai perkhidmatan semasa membeli 10 peket kecil sos cili.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading