ANAK PATUNG ‘CHUCKY’ PERAS UGUT ORANG DITAHAN POLIS

MEXICO: Anak patung seram, Chucky, ditahan polis Mexico selepas digunakan pemiliknya untuk memeras ugut wang daripada orang awam sambil mengacukan pisau.

Turut ditahan pemilik Chucky dan kedua-duanya didakwa atas kesalahan menganggu keamanan dan ketenteraman awam.

Ketika Chucky ditahan, kedua-dua tangannya digari sebelum dibawa ke lokap dan menjalani prosedur sama seperti suspek lain.

Ia adalah kejadian luar biasa memandangkan jenayah itu dilakukan oleh benda tidak bernyawa.

Sebelum ini pemilik patung terbabit yang dikenali sebagai Carlos pernah ditangkap bersama pasangannya kerana menimbulkan ancaman kepada orang ramai.

Chucky, anak patung yang dirasuk menjadi terkenal selepas tayangan filem “Child’s Play” pada 1988.

Ia dipersembahkan sebagai anak patung Good Guy di mana jiwa pembunuh dipindahkan ke dalam anak patung terbabit.—AlHjrah Online

Leave a Reply