Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUNGGANG MOTOSIKAL NYARIS MAUT JATUH 20 METER DARI JEJAMBAT

DALAM NEGARA

PENUNGGANG MOTOSIKAL NYARIS MAUT JATUH 20 METER DARI JEJAMBAT

Semasa melalui selekoh pusingan-U di jalan tersebut, mangsa tidak dapat mengawal kenderaan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tembok penghadang hingga menyebabkan mangsa tercampak dan jatuh ke bawah jambatan pusingan-U yang berketinggian lebih kurang 20 meter.

AMPANG JAYA: Seorang remaja nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar tembok penghadang sebelum terjatuh dari jambatan pusingan-U di Jalan Ukay Perdana, di sini semalam.

Mangsa berusia 21 tahun yang juga pelajar sebuah kolej mengalami kecederaan patah tulang kaki kiri, rusuk kanan serta tulang belakang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata, kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari Taman Al-Ridhuan, Hulu Kelang menuju ke Masjid Ukay Perdana.

“Semasa melalui selekoh pusingan-U di jalan tersebut, mangsa tidak dapat mengawal kenderaan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tembok penghadang hingga menyebabkan mangsa tercampak dan jatuh ke bawah jambatan pusingan-U yang berketinggian lebih kurang 20 meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa yang juga warga tempatan itu sedang menerima rawatan di Hospital Ampang dan kes disiasat di bawah Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN166/159), katanya.

Azam menyeru saksi yang menyaksikan kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik IPD Ampang Jaya Inspektor Nur Nadrzirah Abul Rahim di talian 012-4401093.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading