Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA LELAKI HILANG DI TELUK SENANGIN DITEMUKAN LEMAS

DALAM NEGARA

REMAJA LELAKI HILANG DI TELUK SENANGIN DITEMUKAN LEMAS

“Bot bomba digunakan di lokasi mangsa tenggelam dengan membuat beberapa pusingan sebagai usaha menimbulkan mangsa. Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM juga membuat selaman di lokasi mangsa dipercayai tenggelam.

Sumber Gambar: Media Sosial

IPOH: Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Pantai Teluk Senangin, Lumut sejak semalam ditemukan lemas hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mayat Muhammad Fahmi Hafizi Mohd Fadzli, 19, dijumpai pada 5.29 petang kira-kira 50 meter dari lokasi dia disyaki tenggelam.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Fahmi Hafizi berdepan cabaran susulan ombak besar dan hujan berterusan di lokasi kejadian, malah operasi pencarian dipecahkan kepada beberapa sektor yang merangkumi kawasan seluas 4.16 batu nautika atau 7.4 kilometer.

“Bot bomba digunakan di lokasi mangsa tenggelam dengan membuat beberapa pusingan sebagai usaha menimbulkan mangsa. Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM juga membuat selaman di lokasi mangsa dipercayai tenggelam.

“Mayat mangsa kemudian timbul 10 meter dari lokasi selaman pasukan PPDA,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sabarodzi berkata operasi SAR yang melibatkan 49 anggota daripada pelbagai agensi termasuk komuniti nelayan itu ditamatkan pada 6 petang.

Semalam, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.58 pagi berhubung kehilangan Muhammad Fahmi Hafizi di pantai tersebut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading