MCMC BINCANG MEKANISME eKYC HAD UMUR 16 TAHUN DENGAN PLATFORM MEDIA SOSIAL – FAHMI
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membincangkan mekanisme terbaik bersama platform media sosial berhubung pelaksanaan pengesahan identiti pengguna (eKYC) bagi mengehadkan umur minimum penggunaan media sosial kepada 16 tahun, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membincangkan mekanisme terbaik bersama platform media sosial berhubung pelaksanaan pengesahan identiti pengguna (eKYC) bagi mengehadkan umur minimum penggunaan media sosial kepada 16 tahun, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, perbincangan itu turut melibatkan agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut Fahmi, pelaksanaan eKYC amat penting bagi memastikan keselamatan kanak-kanak dalam talian, termasuk melindungi mereka daripada pemangsa seksual (pedofil).
“Pihak MCMC bersama beberapa jabatan dan agensi akan ke Singapura dalam masa terdekat untuk bertemu wakil Meta, Google, X dan TikTok bagi membincangkan mekanisme terbaik memastikan proses eKYC yang menggunakan dokumen rasmi kerajaan seperti MyKad, pasport dan MyDigital ID dapat dilaksanakan dengan selamat.
“Langkah ini juga selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 bagi memastikan tiada ketirisan maklumat berlaku. Namun yang paling penting adalah aspek keselamatan, khususnya bagi kanak-kanak dan keluarga dalam talian,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Fahmi berkata langkah tersebut juga seiring pelaksanaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)) yang akan diperkenalkan pada 1 Jan 2025 serta Akta Keselamatan Dalam Talian 2024.
Beliau menegaskan, kerajaan akan terus melaksanakan langkah melesenkan platform media sosial bagi menjamin keselamatan dalam talian, khususnya untuk kanak-kanak dan keluarga.
Fahmi menjawab soalan tambahan Syahredzan Johan (PH-Bangi) mengenai mekanisme yang bakal diperkenalkan bagi melaksanakan had umur minimum 16 tahun untuk penggunaan media sosial.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests