Dua pegawai bank didakwa di Mahkamah Sesyen di Melaka hari ini, masing-masing atas lima dan dua pertuduhan menerima suapan RM50,581.51 serta RM8,000 sebagai upah memproses permohonan pembiayaan peribadi pelanggan melebihi had kelayakan.
MELAKA: Dua pegawai bank didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, masing-masing atas lima dan dua pertuduhan menerima suapan RM50,581.51 serta RM8,000 sebagai upah memproses permohonan pembiayaan peribadi pelanggan melebihi had kelayakan.
Syamime Hazreen Bahrin, 37, dan Nursyafiqah Abdul Latif, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.
Syamime Hazreen yang kini penasihat kewangan sebuah bank di Kuala Lumpur, didakwa atas lima pertuduhan menerima suapan RM50,581.51 secara pindahan dalam talian ke dalam akaun bank miliknya di sebuah bank di Jalan Hang Tuah di sini, antara 8 Dis 2022 hingga 15 Julai 2024.
Suapan didakwa sebagai upah membantu memproses permohonan pembiayaan pinjaman peribadi lima pelanggan sebuah syarikat secara serentak dengan permohonan pinjaman peribadi pelanggan di beberapa institusi kewangan, menyebabkan pelanggan itu mempunyai pinjaman peribadi melebihi had kelayakan.
Sementara itu, Nursyafiqah yang ketika itu bertugas sebagai eksekutif pembiayaan pengguna di sebuah bank cawangan Ampang Point, Selangor didakwa atas dua pertuduhan menerima RM8,000 daripada seorang lelaki secara pindahan dalam talian ke dalam akaun bank miliknya bagi tujuan sama.
Wanita itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah bank di Masjid Tanah, Alor Gajah pada 7 Ogos dan 9 Sept 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Sharina Farhana Nor Sa’ari menawarkan jaminan antara RM20,000 hingga RM25,000 terhadap Syamime Hazreen manakala RM7,000 kepada Nursyafiqah, masing-masing dengan seorang penjamin.
Sharina Farhana turut memohon syarat tambahan iaitu mereka perlu melaporkan diri ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya sekali sebulan dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
Peguam Emile Ezra Hussain yang mewakili Syamime Hazreen dan M. Manoharan mewakili Nursyafiqah memohon mahkamah mengurangkan jumlah tersebut.
Hakim Elesabet membenarkan jaminan RM15,000 kepada Syamime Hazreen dan RM7,000 terhadap Nursyafiqah serta membenarkan syarat tambahan dimohon pihak pendakwaan. Sebutan semula kes ditetapkan 3 Jan tahun depan.
Media sebelum ini melaporkan beberapa individu termasuk pegawai bank ditahan menerusi Op Sky, iaitu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan yang dilaksanakan SPRM.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests