Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MCMC JEJAK AKAUN GUNA AI SUNTING PETUGAS MEDIA JADI HAIWAN

UTAMA

MCMC JEJAK AKAUN GUNA AI SUNTING PETUGAS MEDIA JADI HAIWAN

MCMC dan polis sedang menjejaki pihak yang didakwa menghasilkan kandungan AI jelik melibatkan petugas media yang membuat liputan kunjungan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Orang ramai yang mempunyai aduan mengenai etika, tajuk atau pelaporan media tempatan disaran menggunakan saluran rasmi Majlis Media Malaysia.

SHAH ALAM: Orang ramai yang tidak berpuas hati dengan aspek etika pelaporan media tempatan disaran mengemukakan aduan menerusi saluran rasmi Majlis Media Malaysia (MMM).

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sebarang ketidakpuasan hati terhadap laporan atau tajuk berita perlu disalurkan melalui mekanisme yang betul bagi mengelakkan salah faham serta tindakan yang boleh menjejaskan integriti dan kredibiliti industri media.

“Sekiranya dari aspek pelaporan oleh media itu sendiri, saya sarankan orang ramai sekiranya ada tajuk berita ataupun apa-apa perkara yang ingin ditegur kepada pihak media, mekanismenya adalah saluran aduan rasmi melalui Majlis Media Malaysia. Jadi ada pautan yang boleh kita pergi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program MADANI Kita bersama-sama komuniti Kota Anggerik @ Shah Alam, hari ini.

Semalam, Kelab Media Putrajaya (KMP) membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung tindakan sebuah akaun media sosial yang didakwa menyunting imej petugas media kepada imej haiwan.

Tindakan itu melibatkan gambar sekumpulan jurugambar dan wartawan yang sedang membuat liputan kunjungan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke pusara isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara, Putrajaya, Khamis lalu.

Fahmi berkata, MCMC telah mengenal pasti beberapa akaun media sosial yang dikesan menyebarkan kandungan jelik dengan menyalahgunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI) untuk menyunting imej Tun Dr Mahathir ketika pemergian Tun Dr Siti Hasmah.

“Pihak berkuasa akan mengambil tindakan. Saya sendiri melihat akaun tersebut telah lesap, kita belum pasti sama ada akaun itu adalah akaun palsu, tapi pihak MCMC sedang menjejaki bersama dengan pihak polis mana-mana pihak yang menghasilkan kandungan jelik melampau dalam hal ini.

“Bagi rakan-rakan media, saya juga ingin memberi sedikit peringatan supaya kita juga memberi ruang dan kita hormati permintaan keluarga pada ketika keluarga sedang berduka. Kita doakan Tun Dr Mahathir dan keluarga tabah menghadapi dugaan besar ini,” katanya. — AlHijrah Online

Tags: Majlis Media Malaysia, Aduan Etika Media, Fahmi Fadzil, MCMC Kandungan AI, Kelab Media Putrajaya


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading