Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MENARA PENCAWANG TELEKOMUNIKASI DI SUNGAI PERAK TERBAKAR 

DALAM NEGARA

MENARA PENCAWANG TELEKOMUNIKASI DI SUNGAI PERAK TERBAKAR 

Sebuah menara telekomunikasi terbakar dalam kejadian di kawasan pencawang Telekom Malaysia Sungai Perak di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, semalam.

Sumber: Media sosial

IPOH: Sebuah menara telekomunikasi milik Maxis di kawasan pencawang Sungai Perak di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, terbakar dalam kejadian pada petang semalam.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.36 petang, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebuah menara telekomunikasi dilaporkan telah terbakar dan kebakaran dapat dilihat dari Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Anggota yang bergerak ke lokasi mendapati alamat yang diberikan tidak tepat dan terperangkap dalam kesesakan lebuh raya.

“Selain itu, anggota terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk ke lokasi kejadian kerana terletak dalam hutan dan ladang sawit. Bomba terpaksa menaiki Hilux dan apabila sampai mendapati api telah padam sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kebakaran itu dipadamkan dengan bantuan tuan tanah yang menggunakan alat pemadam api dan air tadahan hingga kebakaran dipadamkan sepenuhnya.

“Kebakaran yang melibatkan sebahagian daripada menara itu menyebabkan beberapa panel komunikasi mengalami ganggu, termasuk Maxis dan siasatan lanjut di teruskan pagi ini,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading