MESIR, PBB CUBA KEKANG PEPERANGAN DARI BERLAKU DI GAZA
PBB: Mesir dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) cuba menghalang “peperangan” berlaku di wilayah Gaza ketika keganasan memuncak di antara Palestin dan Israel, demikian menurut wakil khas PBB pada Khamis.
Peningkatan ketegangan adalah “bahaya” dan Mesir serta PBB telah berkerja keras bagi menghalang situasi daripada “tercetusnya peperangan,” kata Koordinator Khas PBB untuk proses damai timur tengah, Nickolay Mladenov dipetik Stephane Dujarric, yang juga jurucakap Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, pada taklimat media di sini.
“Waktu dan hari berikutnya akan menjadi kritikal dan semua mesti menunjukkan kekangan maksimum dan masing-masing harus melakukan tugas mereka untuk mengelakkan berlakunya pertumpahan darah,” kata Mladenov dipetik agensi berita Xinhua hari ini.
Selasa lalu, lebih 190 roket dilancarkan ke Israel dari Gaza sebagai respons serang balas keganasan rejim zionis Israel yang membunuh komander kanan Jihad Islam, Baha Abu al-Atta dalam serangan udara menyasarkan rumahnya di al-Shuja’eya di timur Gaza .
Konflik Israel-Palestin bermula sejak lebih 70 tahun lalu diikuti dengan penjajahan Israel terhadap wilayah Palestin yang disokong barat sejak 1948. — Terjemahan AlHijrah Online