Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BUNUH PELAJAR TAHFIZ : DUA REMAJA BAWAH UMUR DIHADAPKAN KE MAHKAMAH HARI INI

DALAM NEGARA

BUNUH PELAJAR TAHFIZ : DUA REMAJA BAWAH UMUR DIHADAPKAN KE MAHKAMAH HARI INI

TEMERLOH : Dua remaja bawah umur dihadapkan di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar pusat tahfiz di Kuala Kaung, Lanchang pada 7 November lalu.

Kedua-dua tertuduh yang berusia 13 tahun itu memahami pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Ti Pei Si.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,Iffa Izzatie Mutalib manakala prosiding dijalankan secara tertutup dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Mohammad Aimin Nurul Amin, 7 di dalam asrama Madrasah Maahad Tahfiz Nahfah Syubban Addiniyah, Kampung Kuala Kaung, Lanchang.

Kedua-dua tertuduh yang dihadapkan di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini.
Kejadian berlaku di antara jam 11 pagi hingga 1.30 tengah hari pada 7 November lalu.

Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dan dibacakan bersama Seksyen 34 KK yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pei Si kemudiannya menetapkan sebutan semula pada 19 Disember depan bagi laporan perubatan dan lantikan peguam.

Kedua ibu bapa tertuduh turut hadir di mahkamah.

Pada 8 November lalu negara dikejutkan dengan kematian Mohammad Aimin yang juga pelajar termuda di tahfiz terbabit selepas mangsa ditemukan dalam keadaan tidak bermaya oleh warden pusat tersebut.

Hasil bedah siasat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat trauma pada dada dan abdomen oleh permukaan atau objek tumpul. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading