KUALA LUMPUR: Meta Platforms Inc (Meta) sedang menyiasat isu penurunan hantaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh di platform media sosial Facebook.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan sendiri oleh wakil Meta kepada beliau melalui hantaran mesej pada kira-kira 3.30 petang tadi.
“Mereka pun beritahu mereka agak keliru kenapa perkara itu berlaku dan setakat ini, itu sahaja maklumat yang diberikan, tiada penjelasan lanjut.
“Jadi kita beri mereka masa, tak ada deadline, biar mereka siasat dan komunikasi (bersama Meta) pun sedang berjalan, saya akan semak dan sekiranya ada apa-apa perkembangan lanjut, saya akan maklum melalui kenyataan media,” katanya kepada pemberita.
Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Youth Content Maker Lab 2.0 di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) di sini hari ini. — AlHijrah Online