KUALA LUMPUR: Keadaan hujan lebat yang melanda Kelantan dan Terengganu, diramal beralih ke Pahang, Johor dan juga ke kawasan barat Sarawak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata data terkini diperoleh daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyatakan luruan kedua Monsun Timur Laut 2022/2023 yang sebelum ini bermula pada 17 hingga 21 Dis, akan berlarutan sehingga 25 Dis.
“Sehubungan itu, kerajaan telah meminta supaya jawatankuasa pengurusan bencana negeri (JBPN) dan daerah-daerah khususnya di kawasan hotspot bagi ketiga-tiga negeri ini, meningkatkan tahap kesiapsiagaan mereka,” katanya selepas sesi Penyerahan Sumbangan Felda Global Ventures (FGV) kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (TBBN).
Replika cek bantuan RM5 juta itu disampaikan oleh Pengerusi FGV Datuk Zulkifli Wahab kepada Armizan di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Pada masa sama, JBPN turut diminta berhati-hati dengan kesan pascahujan iaitu keadaan pergerakan tanah yang boleh membawa risiko tanah runtuh, khususnya di kawasan berdekatan lerengan bukit pada kadar 25 darjah.
Mengulas tentang keadaan banjir yang melanda negara ketika ini, beliau berkata ia masih pada tahap dua dan dalam keadaan terkawal dengan kawal selia masih di peringkat jawatankuasa pengurusan bencana negeri masing-masing.
Katanya, sehingga 2 petang tadi, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 67,214 mangsa daripada 18,450 keluarga yang ditempatkan di 469 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan 20 daerah di lima buah negeri.
Armizan berkata secara kumulatif, sejak MTL melanda negara pada awal November, sejumlah 25,635 keluarga ditempatkan di PPS melibatkan 92,157 mangsa di 11 negeri.
Menurut beliau, kerajaan juga mula mengaktifkan pusat kawalan operasi banjir (PKOB) yang diselaraskan Pusat Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melibatkan pelbagai agensi dan beroperasi 24 jam.
“Tujuannya adalah selain daripada menerima laporan, memantau keadaan banjir di seluruh negeri, PKOB di peringkat pusat juga akan ambil tindakan intervensi seperti di Pasir Mas, Pasir Puteh dan Rantau Panjang di Kelantan,” katanya.
Sementara itu, katanya kerajaan amat mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada pihak korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak persendirian yang boleh disampaikan kepada kerajaan atau secara terus kepada pihak terlibat.
“Di peringkat pusat, bantuan boleh disampaikan kepada pihak Nadma dan jika bantuan hendak disampaikan secara langsung di negeri atau daerah terlibat, kita menyarankan mereka menghubungi Jawatankuasa Bencana Daerah,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked