JERTEH: Banjir yang melanda Terengganu kini bukan sahaja mendatangkan kerosakan harta benda dan tanaman malah turut menyebabkan beberapa buah rumah di Besut hanyut dibawa arus.
Mangsa banjir Raja Kamaruddin Raja Muhamad, 58, sayu melihat rumahnya yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir besar di Kampung La, Hulu Besut jam 3 pagi pada Isnin. — Bernama
JERTEH: Banjir yang melanda Terengganu kini bukan sahaja mendatangkan kerosakan harta benda dan tanaman malah turut menyebabkan beberapa buah rumah di Besut hanyut dibawa arus.
Salah seorang mangsa, Raja Kamaruddin Raja Muhamad, 58, berkata rumah yang menjadi tempat tinggal dia bersama isteri dan empat anaknya sejak lebih 20 tahun lalu musnah dan ghaib sekelip mata.
“Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi Isnin, ketika saya berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan La.
“Dua lagi rumah yang terletak berdekatan rumah saya turut musnah dihanyutkan arus deras akibat limpahan Sungai Besut yang terletak berdekatan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di pekarangan tapak rumahnya hari ini.
Katanya akibat kejadian itu mereka sekeluarga gagal menyelamatkan semua perkakas rumah selain sebuah peti sejuk dan kini tinggal sehelai sepinggang.
Raja Kamaruddin menyifatkan kejadian banjir kali ini lebih besar berbanding banjir besar melanda Besut tahun 2000 yang juga telah menghanyutkan rumahnya waktu itu.
“Rumah saya pernah dihanyutkan dalam banjir tahun 2000 tetapi hanya tidak hanyut sepenuhnya sebelum saya bina rumah baru dengan simen tetapi kali ini rumah saya hilang terus.
“Kali ini paras air lebih tinggi iaitu dianggarkan setinggi lima meter sementara arus amat deras lebih 30 peratus berbanding dahulu.
“Nasib baik ketika kejadian saya sekeluarga dan semua mangsa lain telah berpindah ke PPS,” kata petani itu yang merayu agar kerajaan dapat membantu mangsa terlibat dengan sewajarnya.
Berkongsi duka, Azlan Mat Diah, 63, apabila rumah kayunya yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah Raja Kamaruddin turut musnah selepas dihanyutkan arus sejauh 20 meter dari tapak asal.
“Kejadian berlaku ketika saya bersama isteri, Norma Abdullah, 54 dan anak lelaki berusia 24 tahun berada di PPS.
“Saya dan mangsa banjir lain berpindah pagi Ahad lagi kerana air sungai telah melimpah tetapi bermula awal pagi semalam paras air semakin meningkat sehingga rumah saya yang terletak tidak jauh dari tebing sungai hanyut dari tapak asal,” kata penoreh getah itu.
Bagaimanapun Azlan sempat memindahkan perkakas rumahnya seperti barangan elektrik dan pakaian ke tempat tinggi lebih awal.
Dia juga menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk selama tempoh 30 tahun kebelakangan ini dan turut berharap kerajaan dapat membantu dia dan mangsa yang senasib dengannya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked