Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MUHAMMAD NUR MANUTY DILANTIK PENGERUSI IKIM BAHARU

DALAM NEGARA

MUHAMMAD NUR MANUTY DILANTIK PENGERUSI IKIM BAHARU

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Muhammad Nur Manuty dilantik sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKIM menerusi kenyataan berharap Dr Muhammad dapat menerajui kepimpinan institut itu dengan cemerlang dan akan mampu melonjak jenama IKIM sebagai sebuah institusi pemikir dan penyelidikan yang disegani di Malaysia dan dunia antarabangsa.

Dr Muhammad sebelum ini pernah menjadi Dekan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar, dan Dekan di Pusat Pengajian Lanjutan dan Khidmat Masyarakat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Dari sudut aktiviti sosial pula, beliau pernah menjawat beberapa jawatan antaranya bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), bekas timbalan presiden Wadah Pencerdasan Umat (WADAH). — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading