Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MUHYIDDIN TAWAR DIRI JADI INDIVIDU TERAWAL DISUNTIK VAKSIN COVID-19

DALAM NEGARA

MUHYIDDIN TAWAR DIRI JADI INDIVIDU TERAWAL DISUNTIK VAKSIN COVID-19

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan diri untuk menjadi antara individu terawal untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Menurut beliau, tindakan itu bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh negara selamat dan berkesan.

“Untuk meyakinkan rakyat vaksin yang diperolehi selamat dan berkesan, saya akan menjadi antara individu pertama untuk terima suntikan COVID-19.

“Ini akan diikuti dengan petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasar iaitu warga emas, mereka yang menghidap penyakit tidak berjangkit, dan penyakit saluran pernafasan kronik,” katanya dalam satu hantaran video di Facebook rasminya.

Tambah beliau, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin yang sudah ditubuhkan dan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin akan memastikan bekalan vaksin dapat diperoleh pada kadar segera.

Jelas Muhyiddin bekalan pertama sejuta dos vaksin daripada Pfizer akan diterima dan mula diberikan kepada kumpulan sasaran seawal Februari 2021.

Beliau juga berkata Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan akan terus memantau keberkesanan dan keselamatan vaksin itu dalam kalangan penerima. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading