Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MUJAHID ADAKAN LAWATAN KERJA KE UK & AZERBAIJAN

DALAM NEGARA

MUJAHID ADAKAN LAWATAN KERJA KE UK & AZERBAIJAN

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengadakan lawatan kerja empat hari ke United Kingdom (UK) bermula semalam.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan di sini hari ini berkata Mujahid akan menghadiri jemputan Universiti Cambridge bagi menyampaikan syarahan di Judge Business School bertajuk ‘Rahmatan Lil Alamin: The Compassionate of Islam’ dijadualkan esok.

“Tajuk ini dipilih bagi memberi penerangan tentang dasar pentadbiran Islam di Malaysia pada hari ini. Syarahan ini sekali gus akan memberi pendedahan kepada masyarakat antarabangsa tentang konsep Rahmatan Lil Alamin,” kata kenyataan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga dijadual bertemu pemimpin agama dan komuniti Cambridge di Masjid Pusat Cambridge bagi berbincang dan bertukar pandangan serta bertemu pelajar Malaysia di Universiti Cambridge hari ini.

Selesai lawatan kerja di United Kingdom, Mujahid akan meneruskan lawatan kerja selama lima hari ke Republik Azerbaijan bermula 13 November ini bagi menghadiri dan menyampaikan syarahan perdana keamanan dan keharmonian di The 2nd Baku World Summit of Religious Leaders.

Persidangan antarabangsa itu bertujuan menyalurkan idea dan kerjasama antara agama dan tamadun untuk mewujudkan suasana saling menghormati di antara pemimpin Islam dunia. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading