Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JORDAN TAMATKAN PERJANJIAN DENGAN ISRAEL

DUNIA

JORDAN TAMATKAN PERJANJIAN DENGAN ISRAEL

AMMAN: Selepas 25 tahun, Jordan memutuskan tiada penyambungan atau pembaharuan perjanjian bagi menyewakan sebahagian wilayahnya kepada Israel.

Agensi berita Xinhua dalam laporannya berkata Raja Jordan, Raja Abdullah II mengumumkan penamatan rasmi perjanjian itu semalam.

“Hari ini, beta memaklumkan penamatan perjanjian damai membabitkan Baqoura dan Ghumar dan pengambilalihan semula setiap inci tanah terbabit,” kata Raja Abdullah II itu dalam sidang Parlimen Jordan.

Kementerian Luar Jordan dalam kenyataannya berkata Jordan akan menghormati setiap hak di Baqoura dan Ghumar sambil menambah ia mengiktiraf hartanah persendirian di kawasan seluas 820,000 meter persegi di Baqoura.

Jordan akan membenarkan penduduk Israel yang memiliki tanah di kawasan itu memasuki wilayah terbabit selepas menerima visa daripada Kedutaan Jordan di Tel Aviv dan kemasukan ke wilayah terbabit adalah melalui pintu sempadan rasmi.

Jordan juga akan membenarkan petani mengutip hasil bagi tanaman yang diusahakan sebelum penamatan perjanjian damai itu.

Jordan pada Oktober 2018 memaklumkan secara rasmi kepada Israel mengenai keputusannya tidak akan memperbaharui perjanjian itu yang membolehkan sebahagian wilayahnya disewakan kepada Israel.

Tahun lalu, Raja Abdullah II menyatakan Jordan akan menamatkan Israel “annexation” terhadap kawasan Baqoura dan Ghumar di bawab perjanjian damai 1994.

Raja Jordan itu juga dalam ciapan Twitternya pada tahun lalu menegaskan mengambilbalik Baqoura dan Ghumar adalah agenda utama Jordan.

Di bawah perjanjian damai 1994, Jordan mempunyai hak untuk memperbaharui perjanjian itu yang menyaksikan penyewaan kawasan Baqoura dan Ghumar kepada petani Israel. – Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading