Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LAPAN TERBUNUH LETUPAN DI BANDAR SYRIA DIKUASAI TURKI

DUNIA

LAPAN TERBUNUH LETUPAN DI BANDAR SYRIA DIKUASAI TURKI

Lapan terbunuh akibat letupan bom di kawasan timur laut Syria yang dikuasai tentera Turki dan sekutunya di wilayah konflik itu, semalam.

Menteri Pertahanan Turki berkata, letupan itu didakwa dilakukan puak Kurdish di timur laut bandar Tal Abyad yang dikuasai Turki dalam operasi ketenteraannya bulan lalu.

“Lapan orang awam terbunuh dan lebih 20 orang cedera dalam letupan bom menggunakan kenderaan itu,” kata menteri terbabit dipetik agensi berita AlJazeera hari ini.

Kampung Suluk, di mana letupan berlaku semalam, terletak kira-kira 10 kilometer dari selatan sempadan Turki-Syria.

Sebuah trak kecil meletup di luar kedai roti, demikian menurut petugas kecemasan kepada agensi berita Reuters.

Turki menghentikan sementara operasi ketenteraannya di dalam wilayah Syria selepas berunding dengan Amerika Syarikat dan Rusia bagi membolehkan kumpulan pengganas YPG berundur sekurang-kurangnya 30 kilometer dari sempadan Turki. – Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading