Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata kes penderaan itu terbongkar apabila guru kelas mangsa menyedari kelakuan mangsa yang mencurigakan dengan memakai jaket di dalam kelas selain terdapat kesan merah pada wajahnya.
SUNGAI PETANI: Seorang murid lelaki tahun satu di sebuah sekolah di sini, mengalami kecederaan dan lebam pada bahagian kepala, leher dan badan dipercayai akibat didera oleh bapa kandungnya sejak dua bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata kes penderaan itu terbongkar apabila guru kelas mangsa menyedari kelakuan mangsa yang mencurigakan dengan memakai jaket di dalam kelas selain terdapat kesan merah pada wajahnya.
“Perkara itu kemudiannya dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah terbabit dan selepas memeriksa mangsa, terdapat kesan calar di seluruh badan, bengkak pada siku, luka di bahagian telinga sebelah kiri dan terdapat kesan lebam serta kesan bibir terkoyak.
“Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat pada 8 pagi semalam dan polis telah menahan bapa mangsa yang berusia 29 tahun bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, mangsa yang merupakan anak tunggal, sebelum ini dijaga oleh neneknya sejak kecil di Tanjung Dawai, di sini, namun kemudian tinggal bersama suspek dan ibu tirinya sejak setahun lepas.
Zaidy berkata laporan perubatan awal menunjukkan terdapat kesan lebam baharu dan lama pada bahagian kepala, leher dan badan mangsa.
“Bapa kandung mangsa mengaku telah memukul mangsa sejak dua bulan yang lalu kerana mendakwa mangsa tidak mendengar kata dan hiperaktif…mangsa dipercayai dipukul menggunakan rotan, batang penyapu dan senduk plastik,” katanya.
Katanya mangsa telah dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, di sini semalam untuk rawatan lanjut dan akan diserahkan di bawah jagaan ibunya.
“Bapa kandung mangsa yang merupakan pekerja kilang, ditahan di Taman Desa Jaya dekat sini dan direman selama enam hari bermula hari ini. Polis turut merampas tiga jenis peralatan yang dipercayai digunakan bapanya untuk memukul mangsa,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.-AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.