Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NAHAS PESAWAT: JENAZAH ‘FOOD RIDER’ TELAH DITUNTUT KELUARGA, AKAN DIKEBUMI DI KEDAH HARI INI

DALAM NEGARA

NAHAS PESAWAT: JENAZAH ‘FOOD RIDER’ TELAH DITUNTUT KELUARGA, AKAN DIKEBUMI DI KEDAH HARI INI

Bapanya, Muhammad Saleh Othman, 51, berkata, jenazah anak sulungnya itu akan disembahyangkan di Masjid Ar-Rahimiah Klang sebelum dibawa untuk dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al Huda, Kampung Jerung, Sungai Petani.

KLANG: Penunggang p-hailing yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, pada Khamis lalu, telah dikenal pasti.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa p-hailing tersebut adalah Muhamad Hafiz Muhamad Saleh berusia 31 tahun.

Terdahulu, jenazah Muhamad Hafiz telah dituntut ahli keluarganya pada jam 9.30 pagi tadi.

Media tempatan melaporkan jenazah Muhamad Hafiz akan diuruskan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum dibawa pulang ke Kedah untuk dikebumikan hari ini.

Bapanya, Muhammad Saleh Othman, 51, berkata, jenazah anak sulungnya itu akan disembahyangkan di Masjid Ar-Rahimiah Klang sebelum dibawa untuk dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al Huda, Kampung Jerung, Sungai Petani.

Khamis lalu, sepuluh individu terkorban setelah pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang itu terhempas.

Lapan yang maut adalah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading