Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NAHAS SIMPANG RENGGAM, EMPAT SEKELUARGA DISEMADIKAN DALAM SATU LIANG LAHAD

DALAM NEGARA

NAHAS SIMPANG RENGGAM, EMPAT SEKELUARGA DISEMADIKAN DALAM SATU LIANG LAHAD

Jenazah empat sekeluarga yang terkorban dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Simpang Renggam, Johor semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bandar Al-Muktafi Billah Shah, pagi tadi.

Dungun: Jenazah empat sekeluarga yang terkorban dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Simpang Renggam, Johor semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bandar Al-Muktafi Billah Shah, pagi tadi.

Mangsa, Mohd Aiman Mohd Rashid, 36; isterinya Nor Azlina Abd Latif, 33; dan ibu Nor Azlina, Semek Mat Soh, 73; serta anak saudara Mohd Aiman, Nur Airish Syifa Sidek, 10.

Kesemua mereka disemadikan pada jam 9.25 pagi.

Terdahulu, jenazah dibawa ke Masjid Sultan Mahmud Bandar Al-Muktafi Billah Shah untuk disolatkan pada jam 8.35 pagi selepas proses bedah siasat di Hospital Enche’ Besar Hajah Khalsom, Kluang selesai malam tadi.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan apabila lebih 200 ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan hadir memberikan penghormatan terakhir. Urusan pengebumian selesai kira-kira jam 10.45 pagi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.16 tengah hari semalam, Mohd Aiman yang menetap dan bekerja di ladang kelapa sawit di Felda Ulu Sedili, Johor dipercayai dalam perjalanan pulang bersama keluarganya selepas menghadiri kenduri keluarga di Telok Emas, Melaka.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas sebuah BMW 530e dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh Toyota Vios yang dinaiki keluarga berkenaan. Insiden itu turut melibatkan sebuah Perodua Alza, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes-Benz.

Pemandu BMW 530e terbabit dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading