
Seremban: Kehadiran beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan ke kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, hari ini mencetuskan tanda tanya mengenai agenda pertemuan berkenaan.
Beberapa kenderaan milik ADUN dilihat memasuki kediaman rasmi Menteri Besar kira-kira jam 9.30 pagi.
Bagaimanapun, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Md Shah memaklumkan setakat ini tiada sidang media dijadualkan berhubung pertemuan berkenaan.
Beliau turut memaklumkan Aminuddin dijadual menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, esok sebagai sebahagian daripada rutin mingguan sebelum berlangsungnya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. — AlHijrah Online