Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

“NAK KAYA, KENA RAJIN, BIJAK, BELAJAR SKIL DAN ILMU” – CHONG WEI

DALAM NEGARA

“NAK KAYA, KENA RAJIN, BIJAK, BELAJAR SKIL DAN ILMU” – CHONG WEI

Sumber: South China Morning Post

Bekas juara badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan, adalah tidak logik untuk seseorang menjadi jutawan dalam masa yang sangat singkat.

Beliau mengulas fitnah di media sosial yang mendakwa kononnya dirinya mengendalikan pelaburan ajaib yang mampu menjadikan peserta menjadi jutawan dalam masa tiga bulan.

“Nak kaya kenalah rajin, kenalah bijak. Invest dalam diri sendiri. Belajar skil dan ilmu baharu. Biar ‘power’.”

Beliau mengulas dakwaan yang tersebar mengenai dirinya itu menerusi catatan di Facebook, semalam.

Tegas Chong Wei, beliau mahu orang ramai tidak terpedaya dengan kaedah sedemikian dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak logik.

“Tak kan click-click jari, korek duit sendiri, bagi orang lain, ikut lagi arahan dia dan boleh jadi kaya?”

Chong Wei juga mahu masyarakat tidak diperdaya dan ditipu ‘Secret’ menjadi kaya yang semakin berleluasa di internet dan telefon pintar.

“Tiada jalan pintas untuk berjaya kawan-kawan. Terutama dalam masa yang penuh liku-liku kemerosotan ekonomi ini. Jangan mudah terbuai atas kata-kata manis yang tidak munasabah”.

Bekas jaguh badminton dunia itu turut memberi amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab itu supaya jangan mengambil kesempatan dengan menipu duit orang awam.

“Jangan satu hari nanti anak cucu kau yang jadi mangsa atas kedurjanaanmu. Buat baik berpada-pasa. Buat jahat jangan sekali.”

Mengakhiri catatannya di laman sosial itu, Chong Wei menasihatkan mana-mana individu yang mengalami masalah hutan atau kredit untuk melayari laman sesawang http://www.akpk.org.my – AlHijrah Online/Ardi Herman Mohd Mardzi


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading