Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NEGERI SEMBILAN MINTA JHEAINS, JABATAN MUFTI NEGERI SEDIA SOP AKTIVITI AGAMA BULAN RAMADAN

DALAM NEGARA

NEGERI SEMBILAN MINTA JHEAINS, JABATAN MUFTI NEGERI SEDIA SOP AKTIVITI AGAMA BULAN RAMADAN

KUALA LUMPUR: Kurang 40 hari menjelang bulan Ramadan, kerajaan Negeri Sembilan telah meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan untuk menyediakan prosedur operasi standard (SOP) aktiviti keagamaan sempena bulan penuh keberkatan itu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau yakin kebenaran aktiviti keagamaan ketika bulan Ramadan amat diharapkan umat Islam di negeri itu.

“Ia khususnya berhubung solat tarawih, majlis berbuka puasa dan moreh.

“Saya telah minta untuk dibuat SOP yang menyeluruh supaya kita dapat menyampaikan kepada masyarakat berhubung persediaan kita menghadapi Ramadan yang semakin hampir,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Negeri Sembilan ketika ini dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Solat Jumaat dan solat Jemaah di negeri itu ketika ini dibenarkan mengikut kapasiti masjid atau surau mengikut SOP yang ditetapkan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading