Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MISTERI KEHILANGAN SEORANG WANITA TERUNGKAI

DALAM NEGARA

MISTERI KEHILANGAN SEORANG WANITA TERUNGKAI

JOHOR BAHRU: Misteri kehilangan seorang wanita terungkai apabila mangsa ditemui mati dipercayai dibunuh angkara cemburu.

Mayat mangsa ditemui semalam di dalam tong air berwarna biru dan ditanam di sebuah ladang yang terletak di Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Setakat ini polis telah menangkap dua suspek berusia 43 dan 32 tahun dengan salah seorangnya merupakan suami mangsa.

Suspek telah mengaku membunuh isterinya di rumah sewaktu tidur dengan menggunakan senapang angin di Taman Saujana, Kota Tinggi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata motif pembunuhan adalah disebabkan cemburu kerana mangsa dipercayai meminta cerai.

“Kita masih menjalankan siasatan sama ada rakan (suami mangsa) terlibat dalam pembunuhan atau terlibat dalam mengangkat tong itu atau terlibat menanam mayat.

“Mengikut pendedahan awal, mangsa ditembak di dada dengan menggunakan senapang angin. Kita tunggu laporan bedah siasat yang lengkap secara terperinci punca kematian dan sebagainya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor.

Suspek telah direman selama enam hari sehingga 10 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading