Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM KE ARAB SAUDI HARI INI

DALAM NEGARA

PM KE ARAB SAUDI HARI INI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berlepas ke Arab Saudi hari ini untuk lawatan kerja selama empat hari sehingga 9 Mac.

Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam kenyataan memaklumkan, lawatan itu merupakan lawatan rasmi pertama Muhyiddin sejak menjadi perdana menteri pada 1 Mac tahun lalu.

Ia juga sebagai memenuhi jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

“Muhyiddin adalah Ketua Kerajaan pertama dijemput oleh Raja Salman susulan Persidangan Al-Ula pada 5 Januari 2021,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pelbagai kerjasama dari sudut ekonomi dijangka akan dibincangkan selain usaha-usaha untuk memperkukuh hubungan dua hala sedia ada.

Muhyiddin dalam kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, isu kuota haji dan umrah tidak akan terlepas untuk dibincangkan.

“Lawatan saya ini cukup signifikan kerana antara lain akan membincangkan pelbagai usaha untuk memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka kerjasama baharu dalam bidang perdagangan, pelaburan dan hal ehwal Islam yang mampu melonjakkan hubungan baik sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.

“Sudah pasti soal kuota haji dan urusan umrah juga tidak ketinggalan akan dibincangkan dalam pertemuan itu kelak,” katanya.

Perdana Menteri turut dijadual akan menunaikan umrah di Makkah, diikuti ziarah Madinah.

Selesai lawatan kerja ke Arab Saudi, Muhyiddin dijadual melakukan lawatan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 9 hingga 11 Mac. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading