Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERLU PASANG EKZOS ASAL JIKA MAHU TUNTUT MOTOSIKAL BUNYI BISING- JSPT PERAK

DALAM NEGARA

PERLU PASANG EKZOS ASAL JIKA MAHU TUNTUT MOTOSIKAL BUNYI BISING- JSPT PERAK

IPOH: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak mengeluarkan sejumlah 679 saman terhadap penunggang motosikal dalam Ops Khas Kesalahan Bunyi Bising bermula 1 Mac hingga Jumaat.

Ketua JSPT Perak, Superitendan Zakaria Abd Rahman berkata, kesemua saman dikeluarkan disebabkan pelbagai kesalahan trafik seperti ubah suai kenderaan, nombor pendaftaraan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan serta tiada cermin sisi.

“Daripada jumlah disaman, 19 buah motosikal telah disita kerana didapati mengubahsuai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising melebihi kadar ditetapkan.

“Jika pemilik ingin menuntut motosikal semula, perlu memasang ekzos yang asal,” katanya.

Tambahnya, individu yang terlibat dalam kesalahan berkenaan melibatkan golongan yang berumur 16 hingga 40 tahun.

JSPT Perak tidak akan berkompromi malah akan mengenakan tindakan tegas kepada pemilik motosikal yang mengubahsuai ekzos sehingga menimbulkan rasa tidak selesa kepada penduduk sekeliling. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading