Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN DUA LELAKI BERGADUH DI LAMPU ISYARAT

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN DUA LELAKI BERGADUH DI LAMPU ISYARAT

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga emas bagi membantu siasatan insiden pergaduhan di lampu isyarat berhampiran Lebuhraya Sprint Damansara semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pergaduhan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal berusia 46 tahun telah membunyikan hon ke atas pemandu teksi berusia 71 tahun kerana memotong laluan secara melulu tanpa memberikan isyarat.

“Setibanya di lampu isyarat, penunggang motosikal itu telah menegur pemandu terbabit sebelum berlaku pertengkaran mulut hingga dia mengetuk cermin kereta tersebut untuk menyelesaikan perkara itu.

“Pemandu teksi itu kemudian telah mengeluarkan besi pengunci stereng dan memukul penunggang motosikal terbabit hingga mengalami kecederaan di tangan kanannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pemandu teksi juga mendakwa penunggang motosikal terbabit mengancam dirinya dengan topi keledar selain turut memukulnya menggunakan besi pengunci stereng yang dirampas daripadanya.

Kedua-dua lelaki tersebut yang tidak mempunyai rekod jenayah ditahan polis kira-kira jam 4.25 pagi tadi.

Menurut Nik Ezanee, kedua-dua mereka telah diberi jaminan polis dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 160 Kanun Keseksaan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading